Search
Close this search box.
Pemain tenis Sepanyol Carlos Alcaraz memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki di Terbuka AS menewaskan pemain Norway, Casper Ruud. Foto: Reuters

Juara Terbuka AS, Alcaraz pemain termuda duduki ranking nombor satu dunia

ByBernama

MOSCOW, 12 Sept: Pemain tenis Sepanyol Carlos Alcaraz memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki di Terbuka AS menewaskan pemain Norway, Casper Ruud.

Alcaraz, 19, kini menjadi pemain tenis termuda untuk bergelar pemain nombor satu dunia, lapor Sputnik.

Beliau mengatasi Ruud 6-4, 2-6, 7-6 (1), 6-3 dalam Terbuka AS di Flushing, New York, pada Ahad.

Dengan kemenangan itu, Alcaraz muncul sebagai remaja lelaki pertama merangkul gelaran Grand Slam sejak Rafael Nadal memenangi Terbuka Perancis pada 2005.

Pada Sabtu, pemain tenis ranking pertama dunia dari Poland, Iga Swiatek menewaskan Ons Jabeur dari Tunisia dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Terbuka AS.

Swiatek, 21, memperoleh kemenangan 6-2, 7-6 (7-5) ke atas Jabeur, 28, yang menduduki ranking kelima dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan