Search
Close this search box.
Bengkel kenderaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium di sini terbakar awal pagi tadi. Foto: TVS

15 kenderaan polis di IPK Kedah terbakar

ALOR SETAR, 12 Sept: Bengkel kenderaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium di sini dilaporkan musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian itu turut mengakibatkan 15 buah kenderaan polis terbakar iaitu 10 buah kereta dan lima buah motosikal berkuasa besar.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.54 pagi sebelum pasukan bomba dengan 20 anggota bergegas ke lokasi yang terletak 3.8 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar.

“Kebakaran itu melibatkan bangunan bengkel kenderaan di dalam IPK yang berkeluasan kira-kira 1,600 meter persegi dengan anggaran peratusan kebakaran 80 peratus.

“Ia membabitkan 10 buah kereta dan lima buah motosikal berkuasa besar yang terletak di dalam bengkel,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

“Kebakaran memusnahkan pejabat pentadbiran pengangkutan, bengkel kenderaan, peralatan pejabat dan 13 buah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak JBPM,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan