Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu Elizabeth II, raja paling lama memerintah Britain, meninggal dunia pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 September.

Pengebumian negara Ratu Elizabeth II pada 19 Sept

ByBernama

LONDON, 11 Sept:  Upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II akan diadakan di Westminster Abbey pada 19 Sept, umum Istana Buckingham pada Sabtu.

“Sebelum upacara Pengebumian Negara, jasad baginda akan ditempatkan di Westminster Hall selama empat hari, bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Putera William dan Putera Harry tampil bersama di perkarangan Istana Windsor
  2. 2. Raja Charles III ikrar ‘khidmat sepanjang hayat’
  3. 3. Malaysia rakam takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II
  4. 4. Ratu Elizabeth II mangkat
  5. 5. Sultan Brunei raja paling lama memerintah selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II

Keranda ratu kini berada di Istana Balmoral, Scotland sebelum dibawa ke Istana Holyroodhouse, Edinburgh.

Pada 13 Sept, keranda ratu akan dibawa ke London menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja, lapor Agensi Anadolu.

Keranda ratu kemudiannya akan dibawa berarak menuju ke Westminster Hall. Turut serta dalam perarakan itu Raja Britain dan kerabat diraja.

Jasad baginda akan disemadikan bersebelahan makam suaminya, mendiang Putera Philip.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan