Search
Close this search box.
Ketua Penolong Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Mohd Shamsul Nizam berkata kerja-kerja menurap jalan akan siap hujung bulan ini dan empat lorong laluan akan mulai dibuka kepada pengguna pada hujung Oktober. Foto: TVS
Ketua Penolong Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Mohd Shamsul Nizam, berkata kerja menurap jalan akan siap pada hujung bulan ini dan empat lorong laluan akan mulai dibuka kepada pengguna pada hujung Oktober. Foto: TVS

Pakej Kerja 27 Projek Pan Borneo Sabah siap 96 peratus

SANDAKAN, 11 Sept: Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di bawah Pakej Kerja 27 kini sudah siap 96 peratus.

Pakej tersebut melibatkan kerja menaik taraf jalan dari Kampung Lot M ke Batu 32 Sandakan sejauh 18.1 kilometer.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Mohd Shamsul Nizam, berkata kerja-kerja menurap jalan akan siap pada hujung bulan ini dan empat lorong laluan akan mulai dibuka kepada pengguna pada hujung Oktober.

Menurutnya, laluan tersebut sudah lama siap tetapi belum dibuka kerana terdapat sedikit masalah dari segi kabel elektrik.

“Masalah kecil ini sudah diselesaikan dan kita sedang menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja menurap jalan pada bulan ini sebelum laluan dibuka pada Oktober,” katanya.

Shamsul berkata demikian kepada media selepas menutup Program Kesedaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Mengibar Bendera di Batu 32, Sandakan.

Kempen itu diadakan secara berperingkat dan memberi tumpuan kepada tiga daerah utama, iaitu Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan, memandangkan pembinaan projek masih giat dijalankan di daerah-daerah tersebut.

Dalam melaksanakan Projek Lebuhraya Pan Borneo, kata Shamsul, Jabatan Kerja Raya Sabah sentiasa menititikberatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, terutamanya ketika pembinaan sedang giat dijalankan.

Beliau menambah, ia termasuk bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia untuk memberi kesedaran dan mendidik pengguna jalan raya mengenai aspek keselamatan dan kepentingan mengamalkan etika pemanduan berhemah.

Pada masa yang sama, katanya, kempen itu juga bertujuan untuk menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan pengguna jalan raya melalui hebahan mesej kenegaraan, dan menggalakkan orang awam untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan