Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya di sini kerugian kira-kira RM660,000 apabila sejumlah barang kemas dan wang tunai dilarikan dua perompak bersenjata dipercayai pistol semalam.Foto Bernama.

Kedai emas rugi RM660 ribu dirompak lelaki bersenjata pistol

IPOH, 11 Sept : Sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya di sini kerugian kira-kira RM660,000 apabila sejumlah barang kemas dan wang tunai dilarikan dua perompak bersenjata dipercayai pistol semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.15 pagi sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek telah mengacukan senjata berupa pistol kepada tiga pekerja kedai emas itu ketika mereka mahu membuka kedai.

“Perompak berjaya melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM660,000.

“Walaubagaimanapun ketiga-tiga pekerja itu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Yusri, polis sedang giat memburu kedua-dua suspek warga tempatan itu yang masih bebas.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan (ASP)  Fadu Ahmad di talian 019-2500019 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan bersenjata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan