Search
Close this search box.
Indonesia mencatatkan empat gempa susulan bermagnitud antara 5.9 hingga 6.2 yang mengegarkan wilayah darat Timur Laut Mamberamo Tengah, Mamberamo Raya, Papua pagi tadi. Foto: BMKG.

Wilayah Indonesia digegarkan dengan empat gempa bumi besar pagi tadi

JAKARTA, 10 Sept : Indonesia merekodkan empat gempa bumi bermagnitud antara 5.9 hingga 6.2 yang mengegarkan Timur Laut Mamberamo Tengah, Mamberamo Raya, Papua pagi tadi.

Agensi Meteorlogi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia berkata, gempa itu berlaku pada pukul 8.31 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan pada kedudukan lapan kilometer (km) Mamberamo Raya dengan kedalaman 19 km di bawah dasar laut.

Kesemua gegaran itu merupakan gempa bumi cetek akibat aktiviti sesar ‘Anjak Mamberamo’.

“Hasil analisis menunjukkan keempat-empat gempa bumi ini mempunyai mekanisme pergerakan naik (thrust-fault) sehingga berlaku siri gempa bumi yang berterusan,” kata kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Gempa bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung kemusnahan dan jumlah mangsa yang terjejas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan