Search
Close this search box.
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), kata Nanta. Foto: FB Alexander Nanta Linggi.

Kontraktor tidak memuaskan perlu dikenakan tindakan tegas – Alexander Nanta

KUCHING, 10 Sept: Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek di bawah inisiatif Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), kata pengerusinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau tidak menafikan bahawa buat masa ini, terdapat beberapa kontraktor projek di bawah agensi itu yang menunjukkan prestasi teruk.

“Saya fikir kita tidak harus terlalu melayan permintaan mereka (kontraktor) untuk melanjutkan masa. Ada juga yang meminta untuk meneruskan kerja sebagai kontraktor walaupun mereka tidak dapat menyiapkannya.

“Saya tidak mahu menyebut nama syarikat itu tetapi saya tahu yang ini (syarikat) mempunyai prestasi buruk di Katibas dan juga di kawasan Pelagus. Ini adalah syarikat yang sama. Semua projek mereka tidak ada kemajuan tetapi mereka masih mahukan projek,” katanya.

Nanta bercakap demikian kepada pemberita pada Bengkel Penglibatan Pihak Berkepentingan Projek ‘SCORE-Access Road to Tunoh, Kapit’ di sini semalam.

URDA merupakan sebuah agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Sarawak yang ditubuhkan pada 12 Julai 2017 untuk memacu pembangunan di kawasan yang meliputi Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Mabong, dengan keluasan 41,186 kilometer persegi.

Nanta, Ahli Parlimen Kapit yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata isu kontraktor, yang gagal menunjukkan prestasi baik, tidak boleh dipandang ringan kerana dalam kebanyakan kes, wakil rakyat akan dipersalahkan oleh pengundi mereka atas masalah yang timbul atau kelewatan projek.

“Jadi, ia menjadi kewajipan kita untuk membetulkan perkara ini. Kita kena sampaikan (pelaksanaan projek) kepada rakyat. Terdapat banyak lagi kontraktor yang bagus. Kita harus sebarkan (beri peluang kepada orang lain).

“Kita tidak seharusnya memberi terlalu banyak projek kepada satu kumpulan tertentu, terlalu banyak projek, sedangkan yang lain tidak berpeluang. Ia tidak adil,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan