Search
Close this search box.
Seramai 55 PATI ditahan Jabatan Imigresen Malaysia pada Rabu lepas dalam Operasi Sapu di Batu 19, Sungai Tiram di Sandakan.

55 PATI Filipina sedang tidur ditahan di Sandakan

SANDAKAN, 10 Sept : Seramai 55 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pada Rabu lepas dalam Operasi Sapu di Batu 19, Sungai Tiram.

Pengarah Imigresen Malaysia, Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof berkata, kesemua warga asing itu ditahan pada pukul 1.10 pagi kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Katanya, tangkapan melibatkan 19 lelaki dewasa,13 perempuan dewasa, 10 kanak-kanak lelaki dan 13 kanak-kanak perempuan yang kesemuanya warganegara Filipina.

“Semasa serbuan, kesemua mereka yang berumur lingkungan empat bulan hingga 52 tahun itu sedang tidur di rumah kongsi pekerja.

“Seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun yang disyaki majikan turut ditahan kerana mengambil pekerja asing yang tidak memiliki pas yang sah serta membenarkan imigran haram untuk masuk dan berada di premis itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca lagi > > > Lebih 7,200 PATI di Sabah akan diusir 

Menurut Sharifah Sitti Saleha, kesemua warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Manakala, lelaki tempatan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 55B dan Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan