Search
Close this search box.
Jabatan Hutan Sarawak (JHS) perlu memainkan peranan dengan lebih komprehensif sebagai penjaga hutan negeri ini bagi memastikan khazanah alam itu diurus dengan efektif.

JHS main peranan penting urus khazanah alam Sarawak

KUCHING, 8 Sept: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) perlu memainkan peranan dengan lebih komprehensif sebagai penjaga hutan negeri ini bagi memastikan khazanah alam itu diurus dengan efektif.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Seri Abu Bakar Marzuki berkata, bagi melaksanakan fungsi berkenaan, JHS perlu sentiasa mengkaji semula peruntukkan undang-undang perhutanan dan polisi perhutanan dari semasa ke semasa.

Ia bagi memastikan jabatan itu mempunyai polisi guna tanah yang jelas, komprehensif serta selari dengan dasar pembangunan negeri Sarawak.

“Keluasan hutan kita masih lagi besar dan ini menunjukkan di samping kita menekankan kepada penebangan hutan sebagai salah satu sumber ekonomi, kita juga turut memainkan peranan untuk memelihara khazanah hutan kita,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHS di sini semalam.

Tambahnya sebagai sebuah negeri yang memiliki keluasan hutan terbesar, JHS boleh mengenal pasti usaha yang dilaksanakan untuk meningkatkan sumber pendapatan alternatif menerusi kejuruteraan semula hasil termasuk perdagangan karbon, sumber air, eko-perlancongan, perubatan dan hasil hutan bukan kayu balak.

“Menerusi pembangunan industri ladang hutan, masalah kebergantungan kepada hutan asli bagi memenuhi permintaan sumber bahan mentah untuk industri perkayuan mampu dikurangkan.

“Oleh itu kerajaan Sarawak komited untuk memastikan pembangunan industri ladang hutan dapat mencapai sasaran 1.0 juta hektar ladang hutan menjelang tahun 2025,” katanya.

Pada masa sama beliau turut percaya JHS perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada perlesen industri terbabit yang ingkar berlandaskan undang-undang serta syarat-syarat lesen ladang hutan berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan