Search
Close this search box.
Apple telah memperkenalkan peranti pintar paling ikonik. terbaharunya iaitu siri iPhone 14. Foto: Reuters

Apple lancar telefon pintar terbaharu iPhone 14

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 8 Sept: Apple telah memperkenalkan peranti pintar paling ikonik terbaharunya iaitu siri iPhone 14.

Peranti tercanggih dalam siri tersebut dilengkapi dengan kamera yang dipertingkatkan sambungan terus satelit bagi tujuan kecemasan.

Dalam pelancaran sekitar pukul 1 pagi waktu tempatan itu Apple turut melancarkan jam tangan baharu yang sesuai bagi penggemar sukan lasak.

Memetik laporan Reuters acara yang dikenali ‘Far out” itu sangat dinanti-nantikan dilancarkan di Steve Jobs Theater, ibu pejabat Apple di Cupertino, California.

Telefon pintar siri 14 itu mempunyai empat model seperti iPhone 14, Plus, Pro dan ProMax.

Bagi iPhone 14 dan 14 Plus direka khas mempunyai cip bionik A15, dan model Pro pula dilengkapi dengan cip A16.

Harga telefon pintar itu bermula dengan harga RM3594.30 ($799) untuk iPhone 14, RM4044.15 ($899) untuk iPhone 14 Plus, RM4494.00 ($999) untuk iPhone Pro dan RM4943.85 ($1,099) untuk iPhone Pro Max.

Bagi jam tangan Ultra pula berharga RM3594.30 yang mana peranti tersbeut mempunyai bateri yang lebih besar untuk bertahan dengan lama melalui acara seperti triathlon dan kalis air serta mempunyai GPS yang baik bagi acara sukan.

Selain itu, jam tangan Siri 8 tersebut juga mempunyai penderia suhu yang akan mengesan ovulasi secara retroaktif.

Pembelian boleh dibuat  secara pra-pesanan bermula 9 September 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan