Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika menyampaikan anugerah kepada pemenang di Bung Sadung Climbathon Challenge. Foto: Facebook N20 Tarat Update.

Bung Sadung Climbathon Trail Challenge sokong pembangunan komuniti Bidayuh Bukar

ByElani Rosllan

KUCHING, 7 Sept : Penganjuran Bung Sadung Climbathon Trail Challenge baru – baru ini yang mendapat sambutan menggalakkan turut menyokong komuniti Bidayuh Bukar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, sambutan positif yang diterima juga menunjukkan bagaimana aktiviti mengekalkan gaya hidup aktif menjadi keutamaan masa kini.

“Menariknya, acara ini berjaya mengumpulkan seramai 280 peserta berbanding hanya 160 peserta pada 2019,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Acara berkenaan berlangsung pada 28 Ogos lalu di Kampung Bunga dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu dengan kerjasama Majlis Daerah Serian dan Kelab Sukan dan Rekreasi kawasan Tarat (KESUTAR).

Katanya, sebagai produk eko-pelancongan Bahagian Serian, ia turut menyokong  misi memelihara gunung warisan mereka iaitu Gunung Sadung.

Gunung Sadung dianggap sebagai rizab warisan untuk masyarakat Bidayuh Bukar yang berasal tinggal di 26 kampung sekitar gunung itu.

Gunung ini juga mempunyai tapak penempatan warisan yang dipercayai merupakan tanah nenek moyang bagi masyarakat tersebut sejak zaman Brooke lagi.

Acara ini juga dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2022  untuk mempromosikan denai alam semula jadi warisan Bukar Sadung sebagai tempat rekreasi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan