Search
Close this search box.
Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Foto Bernama.

Mahkamah tolak rayuan Abdul Azeez batal kesemua pertuduhan

ByFirdaus Ismail

PUTRAJAYA, 5 Sept : Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azezz Abdul Rahim untuk membatalkan kesemua 13 pertuduhan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali sebulat suara memutuskan sembilan pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Pengerusi Tabung Haji itu mempunyai asas perundangan.

Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram setelah meneliti hujah rayuan dikemukakan peguam Amer Hamzah Arshad.

“Mahkamah mendapati tidak benar kesemua pertuduhan terhadap perayu (Abdul Azeez) cacat, tidak boleh kata tuduhan tidak sah, tidak berasas.

“Berdasarkan alasan – alasan, kami berpendapat, tidak sesuai pertuduhan diketepikan pada peringkat ini kecuali pertuduhan pindaan 3,7,8,9,” kata Abu Bakar ketika membacakan hujah penghakiman lebih sejam.

Keputusan hari ini bermakna perbicaraan kes yang dihadapinya diteruskan di Mahkamah Sesyen selepas kali terakhir berlangsung pada 18 Disember 2020.

Abdul Azeez, 55, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah.

Beliau juga berdepan 10 pertuduhan pengubahan wang haram RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada Menuju Asas Sdn.Bhd.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mac tahun lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan