Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membuat hantaran di Facebook memaklumkan beliau berada dalam keadaan sihat. Foto Facebook Bung Moktar.

Kepada rakan dan musuh politik, saya sihat, kata Bung Mokhtar

KOTA KINABALU, 5 Sept : Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau sihat dan masih berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas.

Bung Moktar memaklumkan perkembangan terkininya menerusi hantaran di Facebook.

“Kepada semua rakan-rakan dan juga musuh-musuh politik, jangan bimbang saya kekal di posisi yang tenang dan masih sihat dalam perlindungan Allah,” katanya.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Pertuduhan rasuah RM2.8 juta : Bung Moktar dan Zizie Izette diarah bela diri
  2. 2. Keputusan di akhir kes pendakwaan perbicaraan Bung Moktar dan isteri diketahui hari ini

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu, beliau akan bersama rakyat dan penyokong-penyokong BN di Kota Belud pada 10 September 2022 untuk melancarkan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kota Belud dan Tuaran.

Sementara itu Setiausaha Akhbarnya, Jaafar Abdul Wahid ketika dihubungi memberitahu, beliau menerima banyak panggilan telefon yang bertanya khabar Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Katanya, perkara itu berkemungkinan disebabakan tular sekeping gambar di media sosial menunjukkan Bung Moktar terbaring serta diziarahi oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin.

“Itu gambar lama pada 2015 atau 2016 ketika beliau pulang menjalani rawatan buah pinggang di China.

“Ianya sengaja disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menjejaskan reputasinya,”katanya.

Pada 3 September lepas, Bung dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan