Search
Close this search box.
Setelah hampir sedekad menunggu, seorang guru tadika Cikgu Dadra binti Janes, 27, akhirnya menarik nafas yang lega apabila Tadika Kemas telah berjaya didirikan di Rumah Panjang Muring, Teluk Deloh, daerah Matu di bahagian Mukah. Foto: TVS

Guru lega tabika ditaja Petronas di Mukah siap

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 5 Sept: Setelah hampir sedekad menunggu, seorang guru tabika Cikgu Dadra binti Janes, 37, menarik nafas lega apabila Tabika Kemas akhirnya telah berjaya didirikan di Rumah Panjang Muring, Teluk Deloh, daerah Matu di bahagian Mukah.

Beliau yang selama ini terpaksa meenggunakan ruai rumah panjang sebagai kelas, menzahirkan rasa syukur kerana dengan inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Petronas, akhirnya sebuah pusat pembelajaran yang sempurna seperti tabika Kemas dapat didirikan di daerah itu.

Petronas telah memperuntukkan tajaan sebanyak RM 1.18 juta untuk tujuan pembinaan lapan buah Tabika Kemas di daerah berkenaan.

“Dengan adanya Tabika ini, sesi pembelajaran bersama anak murid akan menjadi lebih mudah dilaksanakan,” katanya kepada pemberita TVS, baru-baru ini.

Beliau mengakui, antara cabaran mengajar anak didiknya adalah suasana kurang kondusif hingga menyebabkan ramai murid beliau tercicir daripada menerima pendidikan  awal kanak-kanak.

“Saya berasa segan silu mengajar di ruai kerana di situlah ramai penduduk rumah panjang menjalankan rutin harian mereka. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak dapat memberi perhatian penuh dalam sesi pembelajaran yang telah disampaikan.

“Tambahan pula, kami memiliki ruang yang agak terhad untuk menyimpan barang pembelajaran seperti bahan alat tulis, papan hitam, kerusi, meja dan sebagainya.

“Oleh hal sebab itu, saya terpaksa meminjam satu bilik untuk tujuan penyimpanan barang tersebut.

Katanya lagi agak susah bagi beliau untuk mengawal telatah dan kehadiran anak muridnya akibat jarak dekat daripada bilik ke ruai.

“Rumah panjang ini mempunyai 47 buah pintu bilik jadi ada murid yang tidak ingin hadir ke kelas serta ada yang mengambil kesempatan untuk menjadi nakal dan bermain di ruai tanpa mengikuti sesi pembelajaran.

Namun begitu, beliau berkata berkata ibu bapa sangat membantu dalam memantau dan mengawasi anak mereka ketika waktu persekolahan.

Pembantu guru tabika yang telah berkhidmat bersama Cikgu Dadra, Carol Ormi pula berkata bahawa mereka berdua terpaksa mengumpul dana daripada ibu bapa mengikut kemampuan masing-masing untuk melakukan pelbagai jenis program untuk kanak-kanak.

“Kadang kala kami memberikan sagu hati kepada para ibu bapa kerana memberikan sokongan penuh penuh dalam menentukan anak mereka menerima pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kes ponteng dalam kalangan murid,” ujarnya.

Beliau berkata usaha mengumpul dana berkenaan akan diteruskan dalam bangunan baru ini.

Ketua rumah panjang Jarit anak Mering pula berkata ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam menentukan masa depan anak mereka.

“Mereka perlu membantu guru mereka dalam menentukan kehadiran mereka penuh. Saya juga menggalakan guru untuk menegur sekiranya ada sesetengah murid yang ingin mengambil kesempatan,” katanya lagi.

Tabika Kemas yang baru ini berasaskan bahan binaan kayu belian dan mampu memuatkan seramai 25 pelajar dan telah dibuka pada awal 2021 kepada semua warga penduduk Rumah Panjang Muring. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan