Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Darah Hospital Mukah kini berada dalam keadaan terhad.

Bekalan bank darah Hospital Mukah perlukan perhatian segera

MUKAH, 4 Sept: Bekalan bank darah Hospital Mukah kini semakin menurun dan memerlukan tambahan bekalan dengan segera.
Perkara tersebut didedahkan oleh Pegawai SAINS Hospital Mukah, Amir Azizi Azizan ketika ditemui pemberita dalam Program Derma Darah di Dewan Pekala Kuala Lama Mukah pada Sabtu.
Sehubungan itu beliau mahu sokongan orang ramai untuk terus menderma darah yang amat diperlukan untuk tempoh ini.
“Kita amat mengalu-alukan penglibatan orang luar dan agensi-agensi luar untuk bekerjasama bagi memeriah dan mempergiatkan  lagi program derma darah yang akan datang.
“Saya juga berharap lebih ramai masyarakat mederma darah kerana derma darah sangat bagus untuk kesihatan dan saya amat mengalakkan masyarakat untuk menyertai dalam program derma darah dalam komuniti yang dianjurkan,” katanya.
Beliau turut  terbuka mengalakkan mana-mana agensi mahupun badan bukan kerajaan (NGO) di luar sana untuk bekerjasama dengan pihaknya mengadakan program derma darah, bagi membantu bekalan bank darah Hospital Mukah.
“Kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan pihak kita boleh terus ke unit Tabung Darah Hospital Mukah ataupun di talian 084-871333 sambungan 154  atau terus hubungi saya 014-3624092,” katanya lagi -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan