Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan ngeri yang menyaksikan keretanya 'hancur' di Simpang Dijih, Jalan Sibu - Selangau, dekat sini malam tadi. Foto: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau.

Lelaki maut kereta bertembung lori balak di Simpang Dijih

SIBU, 3 Sept : Seorang lelaki maut dalam kemalangan ngeri yang menyaksikan keretanya ‘hancur’ di Simpang Dijih, Jalan Sibu – Selangau, dekat sini malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Joelin Mat, 38, meninggal dunia selepas keretanya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan balak dalam kejadian kira – kira pukul 8.07 malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sarawak, Penguasa Kanan I, Janggan Muling ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Wira itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan dari Hospital Sibu dan mayat dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut Janggan, anggota bomba turut membersihkan serpihan kemalangan di kawasan itu bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Malik Chi itu tamat pada pukul 9.41 malam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan