Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menguasai suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mempunyai kawalan ke atas bekas Perdana Menteri itu. Foto: BERNAMA

Rosmah didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Sept : Mahkamah Tinggi memutuskan Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya hari ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap Rosmah berhubung pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan