Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara sedang dikaji bagi tujuan penyelarasan. Foto: BERNAMA

Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Ogos : Kadar biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara sedang dikaji bagi tujuan penyelarasan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Buat masa ini, katanya JPA sedang berbincang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyelaraskan kadar biasiswa dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Ini kita tengah kaji, biasiswa JPA kita akan selaraskan kadar pemberian biasiswa di United Kingdom dan kita sedang bincang dengan MARA.

“Ada juga pelajar tajaan MARA, jadi kita akan selaraskan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata berkata Jemaah Menteri bersetuju meluluskan semakan semula kadar biasisiwa di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya MARA untuk semua pelajar di dalam dan luar negara.

Annuar berkata kerajaan turut mengambil maklum mengenai biasiswa lain berkaitan kerajaan termasuk JPA, bagi memastikan kadar biasiswa dinaikkan selaras dengan kenaikan kadar inflasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan