Search
Close this search box.

Wanita antara yang ditahan bantu siasatan kes bunuh di Permyjaya, Miri

MIRI, 29 Ogos : Polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang disyaki dibunuh di Permyjaya, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat mangsa di sebuah rumah kosong pada pukul 4.30 petang semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan terbaring dan hanya memakai seluar pendek.

“Susulan itu, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, polis masih menyiasat motif kejadian dan mayat dihantar ke Hopsital Umum Miri untuk bedah siasat.

Sementara itu, Alexson berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Asisten Superintendan (ASP) Noor Asri Ibrahim di talian 085-427093 untuk membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan