Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Dato’ Ts. Dr Amirudin Abdul Wahab, memaklumkan bahawa pelbagai inisiatif dirancang pihaknya walaupun situasi semasa keselamatan siber negara ketika ini terkawal dan berada pada tahap yang stabil serta tidak membimbangkan. Foto: Cybersecurity Malaysia

Usaha diperketatkan untuk memelihara ruang siber negara daripada anasir luar

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 29 Ogos: Cybersecurity Malaysia, selaku badan yang bertanggungjawab menjaga ruang siber negara, terus menggiatkan usaha untuk memperketatkan lagi perlindungan sedia ada, dan pada masa yang sama mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Dato’ Ts. Dr Amirudin Abdul Wahab, memaklumkan bahawa pelbagai inisiatif telah dirancang pihaknya walaupun situasi keselamatan siber negara ketika ini terkawal dan berada pada tahap yang stabil serta tidak membimbangkan.

Dr Amirudin menjelaskan, Cybersecurity Malaysia mengambil langkah proaktif dengan menjalin kerjasama bersepadu dengan pelbagai pihak, seperti kementerian, jabatan serta agensi kerajaan, termasuk pihak berkuasa, industri, institusi pengajian tinggi dan sekolah, perusahaan kecil dan sederhana serta pertubuhan bukan kerajaan.

“Ia adalah amat penting untuk menjalin kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak bagi menangani ancaman dan serangan siber kerana ia tidak boleh diatasi secara bersendirian di era teknologi digital hari ini,” katanya.

Ekosistem keselamatan siber berhubungkait dengan satu sama lain yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak untuk berkongsi maklumat mengenai ancaman atau serangan siber, pengurusan dan penyelarasan krisis siber, membuat keputusan serta hala tuju tentang pendekatan perundangan dan teknikal, pembangunan kapasiti dan juga kesedaran serta pendidikan keselamatan siber.

Sementara itu, Dr Amiruddin turut memaklumkan bahawa Cybersecurity Malaysia turut melaksanakan satu program jangkauan luar yang dikenali sebagai CybersafeTM (Cyber Safety Awareness For Everyone).

“Ia bertujuan memberi maklumat dan memupuk kesedaran pengguna internet di Malaysia mengenai isu semasa keselamatan siber, seperti ancaman dan serangan siber, amalan terbaik mengenai tatacara atau kaedah menghindari diri daripada menjadi mangsa ancaman dan serangan siber serta memberi pendidikan mengenai penggunaan teknologi secara positif, beretika dan bertanggungjawab,” jelasnya.

Selain itu, Cybersecurity Malaysia turut menyediakan program latihan kepakaran dan pembangunan kapasiti dalam bidang keselamatan siber bagi menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih ramai tenaga pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang keselamatan siber.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada masyarakat agar peka dan memanfaatkan inisiatif yang dirancang oleh Cybersecurity Malaysia, dan pada masa yang sama, menyokong usaha pihaknya untuk memelihara ruang siber negara daripada anasir luar yang ingin menggugat keselamatan dan kestabilan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan