Search
Close this search box.
APMM Zon Maritim Tawau menyeru kepada komuniti maritim di zon itu untuk terus menjadi mata dan telinga serta berkongsi maklumat salah laku jenayah rentas sempadan di kawasan mereka. Foto: APMM

Komuniti maritim digesa kongsi maklumat untuk basmi jenayah rentas sempadan

TAWAU, 29 Ogos: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Tawau, menyeru kepada komuniti maritim di zon tersebut untuk terus menjadi mata dan telinga serta berkongsi maklumat salah laku jenayah rentas sempadan di kawasan mereka.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman, berkata perkongsian maklumat adalah penting dalam usaha memastikan kawasan perairan bebas daripada ancaman keselamatan jenayah rentas sempadan.

“APMM sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan masyarakat setempat untuk melaksanakan peranan tugas sebagai agensi keselamatan,” katanya.

Shahrizan berkata demikian pada Program Sahabat Maritim Peringkat Zon yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Memancing Tanjung Batu Logpond di Jeti Awam Sungai Logpond di sini.

Dalam pada itu, Program Sahabat Maritim yang bertemakan ‘Komuniti Peka Maritim Sedia’ telah disertai lebih 100 penduduk yang terdiri daripada nelayan dan pemancing.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program sehari itu, antaranya gotong-royong, membaik pulih jeti, sesi dialog, taklimat keselamatan, penyampaian sumbangan jaket keselamatan, sumbangan kepada golongan asnaf serta pameran keselamatan dan kerjaya.

Program tahunan itu dilihat mampu memberi ruang kepada golongan nelayan dan pemancing untuk berkongsi maklumat dan isu penting berkaitan dengan pihak APMM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan