Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari ketika menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Anugerah Sarawak Shell Berhad kepada Pantai Bayu Indah di Miri Times Square di Miri, hari ini. Foto: Faitullah Morni
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Penyerahan Simbolik Surat Anugerah bagi pembinaan dan pemasangan Ibu Pejabat Huluan Shell Malaysia di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

Sarawak sedia bantu Shell lebarkan operasi di Miri – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

MIRI, 26 Ogos : Kerajaan negeri mengalu-alukan perancangan Shell Malaysia Berhad melebarkan operasi sektor minyak dan gas di negeri ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ini sejajar dengan dasar membantu pelabur yang berminat menanam modal di sini.

Kata Abang Johari, pengukuhan operasi syarikat gergasi itu di Sarawak didorong oleh faktor kestabilan politik yang dikecapi malahan misi kerajaan pimpinannya untuk menjadikan negeri ini maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 berada di landasan tepat.

“Semestinya kami (kerajaan negeri) mengalu-alukan kedatangan Shell kerana kita tahu syarikat ini yang mula melebarkan sayap mereka di sini malah Malaysia pada satu ketika dahulu.

“Kini mereka kembali ke tempat bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Simbolik Surat Anugerah bagi pembinaan dan pemasangan Ibu Pejabat Huluan Shell Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri, Dr. Hazland Abang Hipni

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada Shell bagi memastikan syarikat berkenaan dapat beroperasi dengan baik di bandar raya ini.

Shell Malaysia Berhad kini sedang membangunkan ibu pejabat huluan syarikat mereka di sini yang dijangka siap pada Ogos tahun depan.

Berkonsepkan bangunan yang mampan dan cekap tenaga hijau, ianya akan mewujudkan pengalaman yang baharu di persekitaran tempat kerja.

Bangunan itu juga mempunyai tempat pengecasan kenderaan elektrik, panel solar, penyiraman air hujan dan kawasan taman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan