Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam kejadian itu, mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi kedua-dua suspek tidak dikenali menaiki sebuah kereta menyamar sebagai anggota polis dan menunjukkan sepasang gari kepada mangsa. Foto: IPD Semporna
Dalam kejadian itu, mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi kedua-dua suspek tidak dikenali menaiki sebuah kereta menyamar sebagai anggota polis dan menunjukkan sepasang gari kepada mangsa. Foto: IPD Semporna

Dua penyamun menyamar jadi polis berjaya diberkas

SEMPORNA, 26 Ogos: Dua penganggur yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah samun berkumpulan berjaya diberkas hasil maklumat awam, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah, Supt. Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kedua-dua lelaki tempatan berumur 48 tahun itu masing-masing ditahan di rumah mereka di Batu 2, Jalan Semporna-Tawau kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai terlibat melakukan jenayah samun berkumpulan ke atas rumah seorang pekerja solar elektrik di Kg Menteritip Pegagau pada Ahad (21 Ogos) jam 5.11 petang.

“Dalam kejadian itu, mangsa (seorang lelaki) berada di rumahnya sebelum didatangi kedua-dua suspek tidak dikenali menaiki kereta Perodua Azia menyamar sebagai anggota polis dan menunjukkan sepasang gari kepada mangsa.

“Suspek turut mengarahkan mangsa keluar dari rumah dan bertindak menggeladah rumah mangsa lalu mengambil semua barang berharga termasuk wang tunai RM2,500 dan lima telefon bimbit,” katanya lagi.

Hasil penahanan suspek, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia dan kunci, gari, motosikal, tiga buah telefon bimbit dan sebilah pisau.

Mohd Farhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan