Search
Close this search box.
Polis IPD Baling sedang memburu seorang lagi suspek wanita dikenali sebagai Norsyazwany A. Rahim, 23, dari Kampung Landak Hilir, Kupang di sini yang disyaki dalam kes penipuan dalam talian. Foto IPD Baling.

Wanita hamil ditahan tipu pelaburan RM1.2 juta, seorang lagi diburu

BALING, 25 Ogos : Seorang wanita yang sarat hamil antara dua suspek perempuan berusia 30 tahun yang ditahan di daerah ini semalam kerana disyaki terlibat kes penipuan pelaburan wang tidak wujud dikenali sebagai Savingbywaniey atau Free Cash (FC).
Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya sedang memburu seorang lagi suspek wanita dikenali sebagai Norsyazwany A. Rahim, 23, dari Kampung Landak Hilir, Kupang di sini yang disyaki turut terlibat dalam kes sama.
Jelas beliau, kegiatan itu terbongkar selepas polis menerima 33 laporan daripada penduduk Baling yang mendakwa menjadi mangsa dengan nilai kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh dua bulan.
“Kejadian terbaharu adalah pada Jun lalu yang mana seorang pembantu kedai berusia 30 tahun kerugian RM18,000 selepas terpedaya dengan iklan mengenai pelaburan dan simpanan menerusi satu akaun di Facebook.
“Wanita itu dijanjikan pulangan RM12,000 dengan pelaburan RM6,000 sebelum dia menambah jumlah pelaburan dalam beberapa transaksi berjumlah RM18,000 namun keuntungan tidak diperoleh sebelum suspek menghilangkan diri.
“Susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada 19 Ogos lalu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Mengulas mengenai tangkapan itu, Shamsudin berkata, wanita yang mengandung itu dibebaskan dengan jaminan polis manakala seorang lagi direman empat hari bermula hari ini.
Katanya, orang ramai dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket pelaburan yang menjanjikan pulang lumayan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan