Search
Close this search box.
Sebahagian besar kawasan di Sibu akan mengalami gangguan bekalan air esok, jelas Lembaga Air Sibu (SWB) menerusi kenyataan media.

Sebahagian besar kawasan di Sibu akan alami ganguan bekalan air esok

SIBU, 25 Ogos : Sebahagian besar kawasan bandar ini akan mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 9 malam esok.

Lembaga Air Sibu (SWB) memaklumkan, gangguan itu berikutan kerja – kerja penyambungan paip berhampiran bulatan di Jalan Sibu – Bintulu bagi fasa pertama.

“Antara kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air termasuk Lorong Azalea, Jalan Bunga Berjaya, Jalan Kong Nien, Jalan Sungai Belalang, Batu 12-24, Jalan Ulu Oya, Lorong Sanhill, Lorong Sanhill Barat, Lapangan Terbang Sibu, Eco Garden Residences dan seluruh kawasan Sibu Jaya dan Jalan Sengan,”jelas SWB menerusi kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan fasa kedua kerja melibatkan kerja-kerja membuat lencongan paip utama MSCL 600mm di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce bermula pukul 9 malam.

“Kawasan yang terjejas termasuk Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 40, 44, 46, 48, 50 & 52, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek, Ulu Sungai Lorong Merah 12 hingga Lorong 63 dan Kemuyang,”kata SWB.

Bagi fasa ketiga pula, SWB menjangkakan lebih banyak kerja baik pulih termasuk di Jalan Brooke Drive (berhadapan Pusat Perubatan Pakar KPJ Sibu) mulai pukul 10 malam.

Dalam tempoh berkenaan, penduduk di kawasan berikut akan mengalami tekanan air rendah atau putus bekalan air.

Kawasan berkenaan ialah Deshon B/S (Jalan Matu, Jalan Arau, Jalan Kulas, Jalan Nuri, Jalan Bayan, Jalan Apollo, Kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sibu, Pejabat Blok Persekutuan, Jalan Kwong Ann, Jalan Jengkai, Stesen SESCO Sungai Merah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Stadium Tertutup Sibu, Kolej Laila Taib, Jalan Ulu Sungai Merah dan semua kawasan berdekatan.

Turut terjejas ialah seluruh Sungai Merah dan Teku melibatkan Jalan Kwong Ann, Kampung Nangka, Jalan Quarry, Jalan Ding Lik Kong, Jalan Igan, Jalan Teku Lama, Jalan Disa, Jalan Rantau Panjang, Jalan Wawasan, Jalan Indah, Jalan Penasu dan Pasai Siong dan semua kawasan berdekatan serta kawasan bekalan Sibu Barat (Bawang Assan, Melangan, Bukit Besai, Lebaan, Sungai Apong dan Bukit Lan serta kawasan berhampiran.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan