Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan I, Ir. Aidel Lariwoo melawat projek pembinaan Jalan Kampung Tuie - Suri, Debak di sini semalam. Foto TVS.

Projek Jalan Kampung Tuie – Suri lebih RM35 juta siap November ini

DEBAK, 25 Ogos : Projek pembinaan Jalan Kampung Tuie – Suri yang membabitkan kos lebih RM35 juta dijangka akan siap pada November ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan I Sarawak, Ir. Aidel Lariwoo berkata, setakat ini kemajuan projek berkenaan mencapai tahap 78 peratus walaupun berlaku kelewatan mengikut jadual.

Ujar beliau, keyakinan itu berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh kontraktor terlibat yang berusaha menyiapkan projek infrastruktur berkenaan.

“Kita sangat berpuas hati dengan proses pembinaan yang sedang dijalankan di tapak projek seperti yang dilihat,”katanya kepada media selepas meninjau kerja – kerja pembinaan projek itu di sini semalam.

Aidel berkata, tahap kemajuan projek itu berdasarkan rekod oleh Jabatan Kerja Raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan