Search
Close this search box.
MyCreative Ventures yakin untuk menggerakkan usaha dalam fokus untuk memacu ekonomi jingga Malaysia melalui inisiatif pembangunan ekosistem yang dibentuk secara strategik.

MyCreative Ventures pacu pemulihan industri kreatif

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 25 Ogos : Industri kreatif di seluruh dunia merupakan antara sektor yang terjejas teruk berikutan penularan pandemik COVID-19 sejak lebih dua tahun lepas.

Di Malaysia, pemain industri berkenaan turut berdepan situasi sama apabila sekatan yang dikenakan kerajaan untuk membendung wabak berkenaan turut menyekat kelangsungan industri.

Ketika ini industri kreatif berkenaan sedang bangkit dan antara agensi yang terlibat untuk memacu pertumbuhannya ialah MyCreative Ventures.

Menyingkap sejarah penubuhannya, syarikat ini merupakan cabang pelaburan kerajaan yang dilancarkan pada September 2012 untuk memacu industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan strategik dan inovatif melalui pelaburan hutang atau ekuiti dalam syarikat kreatif Malaysia.

Ketika itu dana sebanyak RM200 juta diperuntukkan daripada Belanjawan Malaysia 2012 untuk membantu meningkatkan kepentingan industri kreatif kepada ekonomi Malaysia.

Berbalik kepada ancaman COVID-19 terhadap industri berkenaan, MyCreative Ventures juga merupakan antara yang diberi mandat oleh kerajaan untuk memacu pemulihan sektor itu.

Pengerusinya, Azmi Said berkata Kumpulan MyCreative akan terus menyokong usaha pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangan penggiat industri kreatif.

Pada tahun lepas katanya, seramai 10,759 penggiat seni dan usahawann kreatif telah menerima bantuan di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang kawal selia oleh Kementerian Kewangan serta Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, menerusi perhatian kepada fasa pemulihan selepas pembukaan sektor ekonomi, MyCreative yakin untuk menggerakkan usaha dalam fokus untuk memacu ekonomi jingga Malaysia melalui inisiatif pembangunan ekosistem yang dibentuk secara strategik.

“Selain itu, kita yakin bantuan kewangan dan pelaburan inovatif, untuk meningkat dan menggandakan sumbangan ekonomi melalui pasaran tempatan dan antarabangsa bagi melonjakkan peralihan Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi berdasarkan trajektori pembangunan negara pada masa ini,”katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah memperuntukan RM288 juta dalam Belanjawan 2022 untuk pelbagai inisiatif bagi merancakkan semula industri kreatif.

Di bawah peruntukan itu, sebanyak RM50 juta bagi disediakan bagi dua program termasuklah Program RIUH Keluarga Malaysia sebanyak RM20 juta manakala Platform Animasi Nasional sebanyak RM30 juta yang dijalankan melalui Kumpulan MyCreative.

Sementara itu, kerajaan juga memperkenalkan dua program dibawah seliaan MyCreative yang berkait dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA). 

Pemain industri yang ingin mendapatkan maklumat mengenai inisiatif MyCreative Ventures boleh mengunjungi pautan ini http://www.mycreative.com.my/about  . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan