Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Media disaran salur maklumat elak orang awam jadi mangsa scammer – Abdullah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 25 Ogos : Pelbagai usaha pendigitalan yang dilaksanakan termasuk oleh kerajaan bertujuan untuk memanfaatkan rakyat dalam ekonomi digital namun ada ‘bahaya’ yang perlu diawasi, kata Datuk Abdullah Saidol.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ) itu berkata, ini termasuklah penipuan secara dalam talian yang menjejaskan pelbagai golongan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar pengguna memanfaatkan pelbagai platform digital ke arah kebaikan.

“Warga media seperti TVS mungkin dapat menyalurkan maklumat untuk komuniti agar mereka sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Sejahtera Asia terbitan TVS hari ini.

Sementara itu, melihat kepada usaha pendigitalan ketika ini, Abdullah menyarankan agar media konvensional perlu lebih kreatif supaya kekal relevan.

“Saya yakin masih terdapat kumpulan yang mendapatkan maklumat menerusi media cetak.

“Justeru, media cetak harus memikirkan cara untuk memastikan berita yang diterbitkan sampai kepada masyarakat,”katanya.

Beliau turut mencadangkan satu konvensyen diadakan yang melibatkan media pelbagai platform untuk membincangkan hala tuju industri pada masa akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan