Search
Close this search box.
Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyantuni anak yatim sempena lawatan rasmi beliau ke Rumah Kebajikan Kompleks Laila Taib di Samariang di sini. Foto TVS.

Lawatan rasmi isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah eratkan hubungan dua wilayah terbesar Malaysia

KUCHING, 25 Ogos : Lawatan rasmi isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni mampu mengeratkan lagi hubungan di antara kedua – dua wilayah terbesar di Malaysia ini.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Brig. Jeneral Al Hambra Tun Juhar berkata, hubungan baik itu pastinya berupaya membuka lebih banyak peluang kerjasama terutamanya dalam aspek ekonomi dan sosial.

Beliau juga berharap amat berharap lawatan dapat membuka peluang untuk kedua – dua negeri bekerjasama pada masa hadapan.

“Toh Puan yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Sarawak juga dijadual akan melawat Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan dan seterusnya memberikan sedikit sumbangan kepada pesakit-pesakit di situ,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi lawatan Norlidah ke Rumah Kebajikan Kompleks Laila Taib di Samariang di sini.

Yang turut hadir, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Sempena lawatan hari ini, Norlidah turut menyampaikan sumbangan kepada 87 anak yatim di situ serta menanam pokok bunga sebagai simbolik lawatan rasmi beliau ke Sarawak.

Malam ini, isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah itu menghadiri majlis makan malam di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan