Polis tahan tiga warga emas, rampas dadah bernilai lebih RM30 juta

BENTONG, 25 Ogos : Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dan pengedaran tempatan dengan penahanan tiga lelaki warga emas di Bukit Tinggi dekat sini dan rampasan 841.06 kilogram syabu dianggar bernilai RM30.8 juta di sebuah rumah di sini, Sabtu lepas.

Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Ogos : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menggiatkan usaha melindungi kesejahteraan rakyat khususnya dalam isu melibatkan sekuriti makanan dan kos sara hidup.

Penggunaan kanabis dalam bidang perubatan di Malaysia akan diputuskan sebelum akhir tahun – Khairy

BANGKOK, 25 Ogos : Kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini.

Arab Saudi lancar ‘Visi Madinah’, sedia sambut 30 juta jemaah umrah menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 25 Ogos : Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman pada Rabu melancarkan ‘Visi Madinah’ untuk membangunkan sayap timur Masjid Nabawi, Madinah bagi menerima kedatangan 30 juta jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi.