Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan memaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) akan diperkasakan bagi membantu sektor perikanan laut dalam. Foto: TVS

JPLS akan terus diperkasa untuk bantu Industri Perikanan Laut Dalam – Awang Tengah

KUCHING, 23 Ogos : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan memaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) akan diperkasakan bagi membantu sektor perikanan laut dalam.

Tambah beliau lagi, buat masa ini Sabah dilihat lebih aktif dalam industri tersebut berbanding Sarawak.

Namun keadaan ini bakal berubah selepas pemberian kuasa perlesenan perikanan diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri sepenuhnya.

Awang Tengah berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Kuasa Perikanan Laut Dalam, Jabatan Perikanan Malaysia kepada Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) dan Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) di Kuching petang tadi

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom.

Pada masa sama, Awang Tengah juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob diatas persetujuan pemberian kuasa tersebut menerusi Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 pada 18 Oktober 2021 lalu.

Tambah beliau lagi pemberian kuasa kepada kerajaan negeri adalah bukti sikap toleransi kerajaan sedia ada.

“Dahulu di zaman Tok Nan, perwakilan kita diberikan kuasa untuk membuat penilaian bagi pengeluaran lesen namun keputusan akhir masih tertakluk kepada Jabatan Perikanan Laut Malaysia, Namun hari ini, kuasa diberikan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri untuk segala penilaian dan permohonan perlesenan” jelas beliau.

Pemberian kuasa ini membolehkan kerajaan negeri mentadbir urus Industri Perikanan Laut Dalam sepenuhnya.

Selain perlesenan dan aktiviti penangkapan ikan laut dalam, pemberian kuasa ini juga membolehkan kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang pencerobohan nelayan dan membantu masyarakat nelayan yang terlibat di dalam perusahaan perikanan laut dalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan