Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berkata pendidikan sentiasa diberi penekanan di bawah kepimpinannnya bagi melahirkan rakyat Sarawak yang bijak yang akan berkhidmat untuk negara pada masa depan.

Dasar Sukan Negara perlu konsisten – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 21 Ogos : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Dasar Sukan Negara perlu konsisten supaya Malaysia mampu melahirkan atlet yang berkualiti dalam membawa cabaran negara di pentas antarabangsa.

Menurut Premier Sarawak itu, perkara itu perlu turut dititikberat termasuk ketika penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA).

Sehubungan itu kata beliau, Sarawak berharap agar beberapa acara sukan yang digugurkan daripada SUKMA XX Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 akan dipertimbang semula.

“Kita mesti mempunyai dasar yang konsisten dalam sukan dengan meneliti semula keputusan untuk membolehkan acara seperti taekwondo dipertandingkan pada SUKMA,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kejohanan Taekwondo The Premier of Sarawak Borneo Cup 2022 di sini hari ini.

Sebahagian aksi menarik dipamerkan peserta pada Kejohanan Taekwondo The Premier of Sarawak Borneo Cup 2022 di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan I Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia, Azizul Annuar Adenan.

Kejohanan itu turut disertai peserta luar negara termasuk Australia, Laos, Indonesia, Nepal, Vietnam dan peserta tempatan.

Sebelum ini penganjuran SUKMA XX mencetuskan kontroversi apabila beberapa acara yang dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik termasuk terjun wanita tidak disenaraikan.

Bagi acara taekwondo pula, sukan itu juga tidak dipertandingkan pada SUKMA Johor yang sepatutnya berlangsung pada 2020 dan ‘dikekalkan’ apabila venue ditukar di Kuala Lumpur pada bulan depan.

Sarawak menerusi Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawannya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini telah beberapa membuat bantahan keputusan menggugurkan acara berkenaan memandangkan sukan itu terutamanya terjun wanita sering memberi pingat kepada negara pada temasya sukan besar.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan tidak mempertandingkan sukan berkenaan pada pentas SUKMA adalah kerana disebabkan tidak menepati syarat minimum peraturan teknikal penyertaan temasya sukan.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan sentiasa menyokong penganjuran acara sukan di negeri ini kerana mempunyai kemudahan untuk penganjuran acara – acara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan