Search
Close this search box.
Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan sebanyak 1,168 kes cacar monyet dilaporkan setakat 19 Ogos, termasuk 30 kes dimasukkan ke hospital, lapor Xinhua.

Kanada sahkan 1,168 kes cacar monyet, 30 kes dimasukkan ke hospital

ByBernama

OTTAWA, 20 Ogos : Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan sebanyak 1,168 kes cacar monyet dilaporkan setakat 19 Ogos, termasuk 30 kes dimasukkan ke hospital, lapor Xinhua.

Menurut PHAC sebanyak 571 kes dilaporkan di Ontario manakala di Quebec 453 kes, British Columbia (119 kes),  Alberta (19 kes), Saskatchewan (tiga kes), Yukon (dua kes) dan New Brunswick (satu kes).

Lebih 105,000 dos vaksin Imvamune sudah dihantar ke wilayah terbabit dengan lebih 59,000 orang telah menerima suntikan dos pertama pada 14 Ogos lalu.

Secara keseluruhan peningkatan kes baharu sejak beberapa minggu kebelakangan ini menunjukkan trend yang agak perlahan, menurut agensi itu .

Lebih 99 peratus daripada kes yang dilaporkan membabitkan lelaki dan majoritinya pernah melakukan hubungan sejenis.

Menurut pakar, cacar monyet ialah penyakit virus yang boleh merebak dari orang ke orang melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti, termasuk melalui pelukan, ciuman, urutan atau hubungan seksual. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan