Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan pelantikan dua peguam daripada Tetuan Tommy Thomas bagi mewakili bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang difailkan bekas perdana menteri itu. --foto Bernama

Permohonan Najib bantah dua peguam wakili Tommy Thomas ditolak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Ogos : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan pelantikan dua peguam daripada Tetuan Tommy Thomas bagi mewakili bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang difailkan bekas perdana menteri itu.

HakimĀ Datuk Ahmad Bache dalam penghakimannyaĀ berkata adalah biasaĀ terutamanya dalam common lawĀ dan menjadi amalan,Ā pihak litiganĀ mempunyai hak untuk memilih peguamnya sendiri.

Beliau berkataĀ Peguam Negara (AG) sekarang, Tan Sri Idrus Harun telah memberi keizinanĀ atau fiat kepadaĀ dua peguam, Alan Adrian Gomez dan Mervyn Lai Wei Shiung pada 29 Julai lepasĀ untuk mewakili Thomas walaupun ThomasĀ telah disaman atas kapasitinyaĀ sebagai pegawai kerajaan pada masa itu, yang biasanya akan diwakili oleh peguam kanan persekutuan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

ā€œAG sekarang mesti mempertimbangkan semua keperluan yang diharapkan daripada kedua-dua peguam yang mewakili Thomas, sebelum memberikan keizinanĀ atau fiat, termasuk keupayaan mereka untuk bertindak secara profesional dan demi kepentingan keadilan,ā€ katanya semasa prosiding dalam talian hari ini.

Baca di siniĀ  > > > Pendakwaan sambung hujah dalam rayuan kes SRC Najib

Baca di sini > > > Hidup saya, kebebasan, dan hak untuk perbicaraan yang adil jadi taruhan ā€“ Najib

DalamĀ permohonan membantah pelantikan kedua-dua peguam itu, Najib mempersoalkan sama ada mereka akan dapat mengekalkan kebebasan profesional mereka dan bertindak secara objektif dalam saman yang difailkan pada 22 Okt tahun lepas bagi pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan misfeasansĀ dalam jawatan awam berhubung tuduhan jenayah yang dikenakanĀ terhadapnya.

Ahli Parlimen Pekan itu yang menamakan Thomas dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Thomas yang meletak jawatanĀ sebagai Peguam Negara pada 28 Feb 2020, merupakan pengasas dan konsultan atau rakan kongsi firma guaman ituĀ manakala rakan kongsinya juga memiliki kepentingan kewangan dalam firma itu.

mahkamah, Tommy Thomas, Najib Razak, saman,Ā 1MDB, peguam

Sementara itu, mengenai hujah bahawa terdapat kepentingan peribadi dan kewanganĀ yang terlibat antaraĀ peguamĀ dan firma itu, hakim memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan dalamĀ pertikaian antara Najib dan Thomas.

ā€œIa tidak dibuktikan mengenai kepentingan peribadi dan kewangan dalam afidavit sokongan Najib.

ā€œDaripada afidavit jawapan defendan, ia mengesahkan bahawa kedua-dua peguam mahupun rakan kongsi atau sekutu firma yang lain tidak terlibat dalam pendakwaan plaintif, justeru, tidak mungkin mereka akan menjadi saksi,ā€ kataĀ hakim.

Hakim itu berkata walaupun Thomas merupakan pengasas firma itu, beliau bukan lagi rakan kongsi malah hanya seorang perunding yang tidak menikmati sebarang keuntungan kerana tidak mempunyai sebarang saham dalam firma itu.

ā€œBeliau (Thomas) tidak mempunyai sijil amalan pun setelahĀ dibatalkan berikutan pelantikannya sebagai Peguam Negara. Oleh itu, tiada kepentingan kewangan antara firma dan Thomas.

ā€œMahkamah mendapati tiada bantahan serupa yang dibangkitkan oleh Najib dalam satu lagi saman yang difailkan olehnya (Najib) terhadap Thomas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, adalah jelas Najib mengambil pendirian yang tidak konsisten dan kini dihalang daripada membuat permohonan ini pada peringkat ini,ā€ katanya.

Beliau seterusnya berkata tidak akan ada prejudis terhadap Najib kerana kelakuan kedua-dua peguam itu akan diawasi oleh mahkamah, oleh ituĀ mahkamah tidak seharusnya bersetuju dengan permohonan untuk membatalkan pelantikan kedua-dua mereka.

Beliau berkata tiada bukti yang meyakinkan untuk menunjukkan bahawa kedua-dua peguam itu tidak akan dapat mengekalkan kebebasan profesional dan bertindak secara objektif dan demi kepentingan keadilan.

“Permohonan untuk menggugurkan dua peguam daripada Tetuan Tommy Thomas untuk mewakili Thomas ditolak dengan kos RM3,000,” kata hakim dan menetapkan 9 Sept untuk mendengar permohonan defendan untuk membatalkan saman Najib. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan