Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Limbang di sini hari ini. Foto TVS.

Sarawak komited pertingkat kelajuan internet 5G

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 Ogos :  Premier Sarawak berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk memastikan kadar penembusan dan kepantasan internet di sini dipertingkatkan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini amat penting terutamanya untuk menjayakan agenda ekonomi digital.

“Walaupun kita mempunyai cabaran yang besar, saya dan rakan – rakan selaku pemimpin Sarawak akan berusaha untuk mempertingkatkan kelajuan internet hingga ke 5G untuk seluruh Sarawak.

“Saya akui kosnya tinggi namun kita berdoa semoga pendapatan negeri akan bertambah (untuk menjayakan insiatif berkenaan),” katanya.

Beliau berkata dekimikan ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah Limbang , di sini hari ini.

Abang Johari menambah, dalam usaha menghadapi cabaran dan persaingan global ketika ini, Kerajaan Sarawak komited untuk membina infrastruktur yang berkaitan.

“Oleh itu, saya menyeru agar semua warga pendidik di Sarawak supaya sentiasa bersiap siaga untuk menerima perubahan selaras dengan tuntutan semasa di peringkat global,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan