Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Loh Kok Kiong, 49, (tengah) dan Soh Yong Xin, 32 (baju putih) didakwa atas pertuduhan mengedar 9,625 gram dadah jenis Methamphetamine. Foto : Bernama

Pasangan kekasih ditahan disyaki edar dadah

ByBernama

SERDANG, 18 Ogos : Polis menahan sepasang kekasih disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran pelbagai dadah dianggar bernilai lebih RM1.2 juta di sekitar Lembah Klang, 10 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki tempatan dan teman wanitanya yang merupakan warga Vietnam ditahan di sebuah hotel di kawasan Pusat Perdagangan One Puchong, di sini.

Beliau berkata susulan penahanan kedua-duanya yang berusia 20 tahun, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu, pil eramin 5 dan ekstasi di sebuah kondominium di Kepong.

“Modus operandi pasangan itu adalah membungkus semula dadah tersebut dalam bentuk peket lebih kecil sebelum diedar di sekitar Lembah Klang.

“Sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak enam bulan lepas. Dadah dirampas ini dipercayai dapat menampung penggunaan 50,000 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat sama ada suspek memproses sendiri dadah tersebut atau mendapatkan bekalan daripada dalam atau luar negara.

Katanya mereka direman hingga 24 Ogos ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan