Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki di sini awal pagi ini yang disyaki menoreh muka rakannya menggunakan pisau lipat dalam satu pergaduhan di padang bola jaring di Merdeka Villa, Ampang, di sini minggu lepas. --foto IPD Ampang

Polis tahan lelaki disyaki toreh muka rakan dalam pergaduhan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Ogos : Polis menahan seorang lelaki di sini awal pagi ini yang disyaki menoreh muka rakannya menggunakan pisau lipat dalam satu pergaduhan di padang bola jaring di Merdeka Villa, Ampang, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Semenyih dekat sini pada pukul 2 pagi tadi.

“Semakan mendapati beliau mempunyai 11 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah manakala ujian awal saringan air kencing mendapati beliau positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya polis telah membawa lelaki itu ke Mahkamah Ampang pagi tadi bagi mendapatkan arahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan