Search
Close this search box.
Seorang pekerja kontrak maut akibat dihempap dinding batu ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang kelapa sawit Jemima & Sungai Sendayan Estate Sdn Bhd, Springhill Port Dickson, petang ini. --foto media sosial

Pekerja kontrak maut dihempap dinding batu

ByBernama

SEREMBAN, 16 Ogos : Seorang pekerja kontrak maut akibat dihempap dinding batu ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang kelapa sawit Jemima & Sungai Sendayan Estate Sdn Bhd, Springhill Port Dickson, petang ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohamad Rosman Md Nor berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Pekerja kontrak itu sedang memecahkan dinding dan kerja-kerja itu juga hampir siap, namun dia tidak sempat melarikan diri, lalu kakinya terhempap runtuhan dinding. Pasukan kami membantu mengeluarkannya daripada runtuhan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya lelaki berusia 53 tahun berstatus pemastautin tetap itu disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan