Daftar pemilih tambahan Julai 2022 untuk semakan – SPR

KUALA LUMPUR, 16 Ogos : Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022 serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status digalakkan menyemak Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2022 (DPT BLN7/2022).