Search
Close this search box.
Premier Sarawak , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (empat, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Sarawak Energy Berhad Datuk Sharbini Suhaili (tiga, kiri) dengan CEO CIDB Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid (tiga, kanan) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto Bernama.

MoU Sarawak Energy dan CIDB tingkat kepakaran kontraktor Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Ogos : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak memerlukan pekerja serta kontraktor tempatan mahir bagi memenuhi permintaan tenaga kerja susulan pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri ini.

Premier Sarawak itu pada masa sama turut menekankan bahawa Sarawak juga perlu bersedia sepenuhnya dengan tenaga kerja tempatan sekiranya berlaku krisis serupa seperti pandemik Covid-19.

“Kita dapat lihat ketika permulaan wabak COVID-19, projek pembinaan terpaksa ditangguhkan kerana tidak cukup tenaga kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Energy dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi.

Pada majlis berkenaan, Sarawak Energy diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datu Sharbini Suhaili manakala CIDB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.

Sehubungan itu Abang Johari berkata, kerjasama strategik membabitkan Sarawak Energy dengan CIDB menerusi MoU berkenaan merupakan langkah tepat bagi meningkatkan kemampuan pekerja dan kontraktor tempatan di sini.

Menurut beliau, antara yang dipersetujui menerusi kerjasama itu ialah memastikan penyediaan latihan yang mencukupi kepada pelatih dan pekerja kontraktor selain mendapatkan akreditasi daripada CIDB.

“Kerjasama ini dijangka akan mempercepatkan sektor tenaga Sarawak dan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan