Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi veteran Iban, Winnie Albert sedang hangat diperkata dalam sosial media selepas seorang netizen memuat naik video beliau menyanyikan lagu 'Percayalah' Datuk Siti Nurhaliza.

Harith Iskander tawar Winnie Albert buat konsert di Kuala Lumpur

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 14 Ogos : Penyanyi veteran Iban, Winnie Albert, sedang hangat diperkatakan dalam sosial media selepas seorang warganet memuat naik video beliau menyanyikan lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, ‘Percayalah’.

Video nyanyiannya di Rumah Asap Tabuan Dayak pada malam Jumaat, yang telah dikongsikan oleh rakan pemuzik Dayak, Dino, telah memukau pengguna sosial media malah mendapat puluhan ribu ‘like’ dan reaksi sepanjang malam.

Malah, video berdurasi lebih empat minit itu turut memukau komposer terkenal Malaysia, Ajai.

Winnie Albert juga pernah memeriahkan Konsert Sambutan Hari Gawai 2022 yang disiarkan oleh TVS.

Menurut Ajai, Winnie telah membawa suara dan nada yang bagus dengan ‘pitch’ yang sempurna untuk menjadikan keseluruhan lagu itu sempurna dan senang didengari.

Artis lain yang turut terpukau dengan nyanyian Winnie termasuk pelawak terkenal, Harith Iskander, yang malah telah menawarkan kepada Winnie untuk membuat persembahan besar di Kuala Lumpur nanti.

“Saya tidak pernah tahu awak siapa, tetapi kamu layak untuk diberi bintang, selain mengingatkan saya kepada arwah Adibah Noor,” kata Harith dalam Instagram miliknya.

Sebelum ini, TVS pernah menjemput Winnie untuk muncul dalam program ‘Panggau Kitai’ dan ‘Konsert Berkat Gawai’  yang telah mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan