Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JENDELA dan PEDi, inisiatif memperkasa komuniti secara digital

ByElani Rosllan

KUCHING, 9 Ogos : Kesalinghubungan digital yang terangkum menjadi asas penting kepada komuniti di bandar, pinggir bandar dan luar bandar untuk terlibat sama memacu ekonomi digital negara.

Ini seterusnya mendorong kesejahteraan bersama seperti ditekankan oleh kerajaan.

Di sebalik pelbagai cabaran, pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu (2020 – 2022) di Sarawak semakin menghampiri penghujungnya pada akhir tahun ini.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan pada November 2021 mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.09 bilion kepada Sarawak untuk melaksanakan JENDELA fasa satu sebagai usaha memperluas dan menambah baik perkhidmatan jalur lebar dan sebagai persediaan peralihan kepada teknologi 5G.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sarawak, Adiman Ajem berkata, inisiatif utama di bawah JENDELA antaranya adalah memperluaskan rangkaian gentian optik, rangkaian jalur lebar mudah alih dan penutupan rangkaian 3G.

Katanya, di peringkat nasional, pencapaian inisiatif berkenaan setakat ini melebihi 78 peratus isi rumah yang telah dilengkapi dengan rangkaian gentian optik.

“Aspek kelajuan jalur lebar mudah alih pula, kita berjaya mencapai sasaran.

“Sasaran awal ialah 35 megabit per saat (Mbps) namun ketika ini kadar kelajuan yang dinikmati ialah pada 40.13 Mbps,” katanya ketika di temubual dalam program Sejahtera Asia terbitan TVS baru – baru ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, di Sarawak terdapar keperluan untuk membina sekitar 800 menara komunikasi pada tahun ini.

“Buat masa ini, terdapat 523 lokasi yang telah dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar satelit yang merupakan inisiatif interim sementara menunggu menara komunikasi siap,”katanya.

Selain itu, inisiatif lain dilaksanakan SKMM ialah Pusat Ekonomi Digital  Keluarga Malaysia (PEDi) yang merupakan usaha proaktif dalam pemerkasaan komuniti.

“Di Sarawak, kita ada 133 PEDi yang telah siap dan beroperasi di mana dua orang telah dilantik untuk menyelia dan membantu komuniti setempat membabitkan penyediaan internet serta latihan digital dan keusahawanan.

“Pihak SKMM akan bekerjasama dengan penyelia dan penyedia perkhidmatan untuk melahirkan usahawan digital sejajar dengan aspirasi negara dalam memperkasa komuniti dan ke arah pendigitalan,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan