Search
Close this search box.
MYNIC merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang membantu perniagaan,organisasi dan individu di Malaysia terlibat dalam ekonomi digital menerusi penggunaan nama domain .my. Foto Bernama.

Inisiatif PRIME MYNIC bantu usahawan dalam talian kekal relevan

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 9 Ogos : MYNIC merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang membantu perniagaan, organisasi dan individu di Malaysia untuk terlibat dalam ekonomi digital menerusi penggunaan nama domain .my.

Salah satu fungsi utama MYNIC ialah memangkin perniagaan dalam talian di negara ini supaya ‘bersinar’ dalam platform e-dagang.

Di samping itu, MYNIC turut memberi latihan keusahawanan kepada para pelajar, wanita, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan orang awam.

Kini, MYNIC mentadbir sepuluh kategori nama domain iaitu .my, .com.my, .biz.my, .org.my, .net.my, .coop.my, .edu.my, .gov.my, .mil .saya dan .nama.saya.

MYNIC juga merupakan pentadbir tunggal untuk semua alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia.

Sebagai Nama Domain Nasional, MYNIC memberikan keunikan identiti jenama kepada organisasi dan individu Malaysia di internet.

Perniagaan dalam talian pemacu ke arah pendigitalan ekonomi.

Ketika ini perniagaan dalam talian berusaha untuk terus kompetetif lebih – lebih lagi ketika dunia berdepan gangguan yang tidak pernah dialami sejak sekian lama iaitu pandemik COVID-19.

Di sini MYNIC turut memainkan peranan untuk memperkasakan perniagaan dalam talian supaya terus relevan terhadap persekitaran perniagaan yang pantas berubah.

Mendepani cabaran dalam norma baharu

Pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat seterusnya mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara.

Menurut laporan tahunan MYNIC 2020 , usahawan dapat bertahan ketika wabak berkenaan menerusi pemasaran digital dan penjenamaan.

Program PRIME membantu komuniti meningkatkan taraf ekonomi dalam norma baharu

MYNIC telah memperkenalkan program baharu kepada usahawan-usahawan dengan menekankan kepentingan proses pendigitalan terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Antara yang sangat membantu PKS ketika waktu mencabar ialah Program Realisasi Impian Ekonomi Digital atau dikenali sebagai PRIME.

Menerusi insiatif ini, sebanyak 20,000 nama domain .BIZ.MY ditawarkan secara percuma melibatkan nilai keseluruhan RM1.6 juta kepada PKS.

Objektif PRIME yang memperkenalkan kategori baharu nama domain iaitu .BIZ.MY ialah untukkmendorong lebih ramai usahawan memiliki perniagaan dalam talian dan platform e-dagang, selari dengan usaha Kerajaan untuk memacu ekonomi digital.

Melalui program itu, akan memberi peluang kepada usahawan menceburi perniagaan dalam talian kekal relevan kepada persekitaran pada masa sekarang.

“MYNIC ini mampu mendorong usahawan untuk memiliki perniagaan dalam talian dalam platform e-dagang mereka sendiri bagi memajukan bisnes ke peringkat antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasnul Fadhly Hassan.

PRIME memperkenalkan tiga teras utama iaitu penjenamaan digital, platform teknologi, dan pembangunan modal insan dan pada masa sama mewujudkan kategori nama domain baharu iaitu biz.my.

Kata Hasnul, sehingga tahun lepas, MYNIC telah berjaya melatih seramai 13,000 orang usahawan di bawah PRIME dan masih meneruskan inisiatif adaptasi digital yang menyasarkan kepada PKS tempatan terutama PKS di luar bandar.

Ini sekaligus dapat memacu ekonomi digital selari dengan pelbagai inisiatif kerajaan seperti Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), Pakej Rangsangan Ekonomi Prohatin Rakyat (PRIHATIN) dan penubuhan Majlis Digital Negara.

Apa kata usahawan?

Pengasas Persatuan OKU Sentral, Ras Adiba Radzi berkata, menerusi pemahaman dalam pengendalian laman web serta teknik pemasaran digital melalui program berkenaan, ianya dapat membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perniagaan terlibat.

“Saya amat berterima kasih kepada KKMM dan MYNIC kerana membuat inisiatif ini kerana ia merupakan sesuatu yang telah kami tunggu sekian lama.

“Ini kerana kami pasti dapat mengembangkan sayap perniagaan terutamanya dari segi aspek penggunaan laman web itu sendiri. Sebelum ini harga domain agak mahal,”katanya.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai MYNIC boleh melayari https://mynic.my/

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan