Search
Close this search box.
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkata, beliau menaruh harapan tinggi kepada generasi muda di negeri ini untuk merealisasikan hasrat berkenaan. Foto TVS.

Sarawak mampu lahirkan angkasawan negara – Dr Sheikh Muszaphar

ByAdlina Rahman

KUCHING, 7 Ogos : Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha percaya Sarawak juga mampu untuk melahirkan angkasawan negara yang seterusnya.

Ujar Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, beliau menaruh harapan tinggi kepada generasi muda di negeri ini untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Salah satu faktor yang memungkinkan perkara itu katanya ialah kerana pelajar Sarawak mempunyai keupayaan tinggi dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan berupaya untuk berfikir di luar kotak.

“Oleh itu mereka sememangnya mempunyai kualiti yang baik dalam diri masing – masing.

“Kita cuma perlu memberikan mereka motivasi dalam pembelajaran untuk mengejar impian,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas hadir pada Majlis Penutupan Program MEITD MySTEM Innovation Challange Sarawak 2022.

Sebelum ini Malaysia melahirkan angkawasan buat kali pertama kali pada 2007 menerusi kerjasama dengan Rusia apabila negara itu bersetuju untuk menghantar seorang rakyat negara ini ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan