Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Foto TVS

Laptop sudah uzur, sukar siapkan tugasan diberi pensyarah – pemohon PerantiSiswa

ByNurul Amarlina

KUCHING, 5 Ogos : Kebelakangan ini, Syahmina Shuardi sering bimbang ketika sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah universitinya.

Ini kerana komputer ribanya semakin uzur dan perlu dicas sepanjang masa berikutan masalah bateri.

“Sebenarnya laptop saya masih boleh digunakan cuma risau sekiranya bekalan elektrik terputus, ia akan melambatkan kerja saya,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Syahmina, yang merupakan pelajar Jurusan Seni Bina, Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengakui, dia berasa teruja apabila mengetahui kerajaan memperkenalkan inisiatif Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia untuk pelajar yang kurang berkemampuan.

Baca lagi > > > 400,000 pelajar dijangka dapat manfaat PerantiSiswa – Annuar

Baca lagi > > > Tidak perlu lagi pinjam laptop jika dapat PerantiSiswa – Pelajar universiti

Baca lagi > > > K-KOMM pertimbang perluas pemberian perantisiswa kepada pelajar institusi selain KPT 

Sementara itu, Bradley Dundang, yang merupakan pelajar jurusan Sains Seni Bina di UiTM Sarawak berkata, sekiranya memiliki laptop sendiri, ia juga akan melancarkan proses pembelajarannya.

“Saya tidak perlu lagi pinjam laptop abang. Sekarang kami berkongsi komputer riba.

“Bagaimanapun jika jadual kelas dalam talian kami berjalan serentak, saya tidak mempunyai laptop untuk mengikuti pembelajaran,” katanya.

Masalah yang dihadapi dua pelajar ini kini boleh dikatakan sudah diselesaikan oleh kerajaan berikutan inisiatif yang diperkenalkan baru – baru ini.

Yang dimaksudkan ialah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengenai Program PerantiSiswa yang diteruskan oleh kerajaan apabila membuka permohonan untuk fasa kedua.

Annuar berkata, permohonan fasa kedua Program PerantiSiswa bermula 1 Ogos lepas sehingga 30 September depan.

“Menerusi fasa kedua ini, kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan kelayakan bagi pemohon,” katanya pada sidang media di Parlimen baru – baru ini.

Ini merujuk kepada syarat pemohon yang diperluaskan kepada pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berbanding fasa satu, hanya  pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta sahaja layak memohon.

“Bagi fasa kedua, mereka yang datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan layak untuk memohon,”tambah Annuar.

Katanya, penyampaian peranti bagi fasa kedua dijangka dapat dilakukan pada Oktober selepas proses permohonan berakhir.

Untuk fasa pertama, Annuar berkata, kerajaan menerima hampir 100,000 permohonan dan sedang diproses.

“Penyerahannya akan dibuat pada bulan ini,”katanya.

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan