Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan terjun negara sudah bersedia untuk menggegarkan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Skuad terjun kembali dengan nafas baharu di Birmingham – Li Rui

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Ogos : Ketua jurulatih skuad terjun negara Li Rui percaya anak buahnya mampu mempersembahkan terjunan terbaik di Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas sudah melupakan kegagalan membawa pulang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beliau berkata skuad terjun kebangsaan akan turun beraksi di Birmingham dengan nafas baharu berbekalkan prestasi dan kejayaan memberangsangkan di Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary Jun lepas. 

“Semasa menyertai Sukan Olimpik Tokyo, negara baharu sahaja habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi atlet masih bergelut dan mencari rentak untuk menyesuaikan diri bagi menyertai temasya berprestij itu yang menyebabkan keputusan pada ketika itu kurang memberangsangkan.

“Lela (Datuk Pandelela Rinong Pamg) juga sudah tunjukkan prestasi cemerlang dengan terjunan yang mantap semasa di Budapest, jadi saya yakin skuad terjun negara ketika ini berada pada tahap terbaik mereka,” katanya dalam bahasa Mandarin yang diterjemahkan ketika ditemui pemberita baru-baru ini. 

Skuad terjun meraih dua pingat gangsa di Budapest masing-masing menerusi Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform wanita dan 10m platform seirama wanita yang disumbangkan gandingan Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri. 

Jurulatih berusia 44 tahun itu berkata beliau optimis skuad terjun mampu membutirkan kilauan emas di Birmingham, namun enggan meletakkan sebarang tekanan kepada barisan atlet di temasya sukan berprestij itu.

“Saya percaya kita mampu capai sasaran satu emas yang ditetapkan, namun saya tidak pasti daripada siapa,” katanya. 

Sementara itu, beliau percaya cabaran Kanada dan Australia tidak boleh dipandang ringan kerana mereka mampu memberikan cabaran hebat dalam pemburuan pingat pada saingan di Pusat Akuatik Sandwell bermula esok.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sukan terjun sebagai satu daripada prospek penyumbang emas di Birmingham selain badminton, boling padang, powerlifting, gimnastik berirama dan angkat berat.

Kontinjen negara diwakili 161 individu membabitkan 104 atlet, 44 pegawai dan 13 petugas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan