Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir hadir sidang media The Malaysian Tennis Development Roadmap

Sarawak miliki fasiliti tenis kedua terbaik di Malaysia

BySalasiah Safian

KUCHING, 3 Ogos : Kemudahan tenis yang tersedia di Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini dilihat sebagai yang kedua terbaik untuk sukan itu di Malaysia.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir berkata, fasiliti yang dimiliki itu terbukti apabila mampu menganjurkan pertandingan tenis bertaraf dunia.

Katanya, jika dibandingan dengan kemudahan tenis di negeri lain, fasiliti yang tersedia di SLTA juga lebih baik.

“Saya ingin memberi contoh fasiliti tenis ketiga terbaik di Malaysia tetapi tiada, kita mempunyai Pusat Tenis Kebangsaan di Kuala Lumpur dan kemudian yang ini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media The Malaysian Tennis Development Roadmap, di sini hari ini.

Sementara itu, Mirzan percaya, pengalaman menganjurkan pelbagai kejohanan antarabangsa akan membolehkan SLTA menjadi lebih cekap dalam aspek pengurusan sesuatu kejohanan.

“Bagaimanapun namun usaha penambahbaikan berterusan perlu dilakukan.

“Hasilnya dapat dilihat dan digunakan oleh semua pihak terutamanya para pemain tenis,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan