Search
Close this search box.
Thailand menggesa semua pihak mengelak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menyelesaikan perselisihan secara aman susulanĀ  ketegangan yang memuncak di selat Taiwan selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi.Ā Ā Foto Reuters.

Ketegangan Selat Taiwan : Thailand gesa elak provokasi

ByBernama

BANGKOK, 3 Ogos : Thailand menggesa semua pihak mengelak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menyelesaikan perselisihan secara aman susulanĀ  ketegangan yang memuncak di selat Taiwan selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata Thailand mengikuti rapat perkembangan terkini berhubung situasi di selat itu.

ā€œThailand berpegang teguh kepada Dasar Satu China.Ā Kami tidak mahu melihat sebarang tindakan yang akan memburukkan lagi situasi dan menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini.

ā€œKami berharap semua pihak yang terlibat dapat mematuhi undang-undang antarabangsa dan mengamalkan prinsip menghormati kedaulatan dan integriti wilayah, serta menyelesaikan pertikaian secara damai,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketegangan meningkat di selat Taiwan dengan China, AS dan Taiwan meningkatkan penempatan tentera di rantau itu selepas lawatan Pelosi.

Pelosi merupakan ahli politik AS berpangkat tertinggi yang melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan