Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Program Bintang Kita Kebanggaan Kita dan 50 Hari Menjelang Temasya SUKMA ke-20 ini. Foto TVS.

Perkembangan sukan terjun negara ‘dicacatkan’ oleh mereka – Abdul Karim

KUCHING, 29 Julai : Sarawak berpendapat Jawatankuasa Teknikal Sukan Malaysia (SUKMA) telah merosakkan perkembangan sukan terjun wanita di negara ini selepas menggugurkan acara berkenaan pada SUKMA ke-20 yang dijadualkan bermula pada 16 hingga 24 September depan di Kuala Lumpur.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada masa sama, mengulangi pendiriannya bahawa keputusan itu sebagai tidak wajar.

“Keputusan itu secara tidak langsung boleh mencacatkan perkembangan sukan terjun.

“Jawatankuasa Teknikal SUKMA seharusnya tahu kepentingan sesuatu acara sukan, bukannya gugur atas alasan kurang penyertaan dari kontinjen negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bintang Kita Kebanggaan Kita dan 50 Hari Menjelang Temasya SUKMA ke-20 ini.

Baru – baru ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ketiadaan acara terjun wanita pada SUKMA ke-20 adalah kerana tidak menepati syarat minumum peraturan teknikal penyertaan temasya sukan berkenaan.

Berhubung ‘sebab’ pengguguran yang dinyatakan itu, Abdul Karim berkata, sepatutnya pihak berkenaan sudah membuat persiapan awal berhubung isu kekurangan pasukan menghantar atletnya untuk acara sukan tertentu.

“Kita lihat berapa negeri yang mungkin tidak sertai acara itu, Kelantan mungkin tidak akan hantar, Kedah juga, Terengganu dan Perlis. Itu sudah tolak empat negeri.

“Sepatutnya perkara ini menjadi pertimbangan jawatankuasa terbabit sebelum menasihatkan Menteri bertanggungjawab,” katanya.

Abdul Karim berkata, beliau tidak melihat sebarang masalah jika hanya tiga negeri sahaja yang menyertai acara itu kerana atlet -atlet terbabit masih boleh bersaing sesama sendiri.

“Saya berkata begini bukan kerana Sarawak boleh mendominasi (acara terjun) atau menang pingat tetapi atas sebab sukan itu sendiri,” katanya.

Kata Abdul Karim, beliau sangat kecewa kerana acara terjun telah membawa banyak keceriaan bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga Malaysia.

“Kita telah menang banyak pingat di Sukan SEA, Sukan Komanwel serta Sukan Olimpik,”katanya.

Kata Abdul Karim, penguguran acara tersebut juga turut memberikan implikasi negatif kepada atlet yang telah melakukan persiapan awal malah ada yang berlatih sejak 2018 sebaik sahaja SUKMA di Perak berakhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan