Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Esha.,

Wanita mati ketika dirawat di rumah pengamal perubatan tradisional

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 28 Julai : Seorang wanita meninggal dunia ketika mendapat rawatan tradisional di sebuah rumah di Pandan Perdana, Ampang, semalam.

Wanita berusia 41 tahun itu ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Esha berkata, polis menerima laporan kejadian di Balai Polis Pandan Indah daripada ibu mangsa.

“Kata wanita itu, anak perempuannya telah mendapat rawatan sejak seminggu lepas daripada seorang wanita berusia 51 tahun yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional,”katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Ampang hari ini.

Katanya, polis berjaya menahan suspek di rumahnya semalam.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan